Friday, October 3, 2014

Contoh Karangan : Laporan Aktviti Amal : LAPORAN AKTIVITI SESUAP NASI 1.0

Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan aktiviti ‘Sesuap Nasi 1.0’. Anda sebagai seorang setiausaha persatuan dikehendaki untuk menulis satu laporan lengkap mengenai lawatan tersebut.

Laporan Aktiviti Sesuap Nasi 1.0

Pada Sabtu lalu bersamaan dengan 4 Jun 2013, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik(PPKE)  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) telah mengadakan aktivit Sesuap Nasi 1.0. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang ahli persatuan yang terdiri daripada pelajar Kejururteraan Elektrik tahun 3 dan tahun 4. Aktivit ini diadakan bertujuan mengumpul dana Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik sebanyak RM1 000. Dana tersebut akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Batu Pahat sebagai sebahagian daripada sumbangan amal Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik UTHM.  Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi merapatkan jurang sosial mahasiswa dengan penduduk tempatan serta menguatkan ukhwah antara mahasiswa dan masyarakat.

            Pada jam 7.00 pagi semua pelajar yang terlibat berkumpul di Dataran Anggerik, UTHM untuk mendengar taklimat daripada Pengerusi aktiviti Sesuap Nasi 1.0 iaitu saudara Muhammad Syahmi Bin Jafar mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Kesemua yang terlibat dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PPKE yang bertanggungjawab memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sangat mudah, setiap kumpulan dikehendaki ke sebuah kampung yang berlainan daripada kumpulan lain dan meronda kawasan kampung tersebut untuk mencari kerja berupah  daripada penduduk kampung. Sebagai contoh, Kumpulan 1 ke Kampung Parit Samijan dan bertanyakan kepada Pak Cik Mahmud jika dia ingin memberi mereka upah membersihkan laman rumahnya. Setiap kumpulan dilarang sama sekali memberikan syarat minimum upah, mereka harus menerima upah yang diberikan oleh penduduk kampung seadanya.

            Selesai sahaja taklimat oleh Pengerusi PPKE, semua yang terlibat menaiki kenderaan masing-masing menuju ke kawasan kampung yang telah ditetapkan. Sebanyak 18 kampung yang terlibat di sekitar Parit Raja iaitu Parit Samijan, Parit Karjo, Parit Hj. Salleh Ros, Parit Bengkok, Parit Jelutong, Parit Hj. Salleh, Parit Burah, Parit Sempadan Dalam, Parit Raja Darat, Parit Sempadan Dalam, Parit Sempadan Laut, Parit Daun, Parit Jambul, Parit Baring, Parit Hj. Abdul Kadir, Parit Lapis Sempadan, Parit Samion dan Parit Kaspan. Setiap kawasan kampung dituju oleh satu kumpulan kecuali Parit Raja Darat yang dituju dengan 3 kumpulan kerana kawasan kampung yang luas. Memandang aktiviti mengambil upah yang dilakukan melibatkan kerja-kerja kebun seperti membersihkan laman rumah, potong rumput, mengumpul buah sawit dan banyak lagi, AJK PPKE membekalkan setiap pelajar dengan air mineral 1.5 liter untuk mengelakkan hidrasi berikutan cuaca panas pada hari tersebut.

            Perlbagai kerja mengambil upah yang dijalankan oleh ahli PPKE untuk mengumpul dana RM1000 antaranya ialah menyusun stok di kedai runcit, membersihkan laman rumah, memotong rumput, menyusun pokok bunga dan banyak lagi. Penduduk kampung juga sangat berbesar hati menerima kami mengambil upah di kawasan rumah dan kebun mereka.  Sebilangan penduduk kampung menyuarakan pendapat bahawa aktiviti sebegini wajar dijalankan sepanjang masa untuk membantu mereka yang memerlukan serta mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa dan penduduk kampung. Mereka juga memuji sikap ringan tulang ahli PPKE menjalankan aktiviti ini seperti aur dengan tebing. Sebelum mereka pulang selepas tamat tugasan, setiap kumpulan mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan penduduk kampung yang terlibat menjayakan aktiviti Sesuap Nasi 1.0. Seorang penduduk kampung, Nafsiah Omar telah menjemput seluruh ahli PPKE ke majlis doa selamat yang akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 10 Jun 2014 bersempena dengan rumahnya yang baru diduduki. Menurutnya kedatangan ahli PPKE ke Parit Samijan membantunya mengemas kawasan rumah barunya telah meringankan bebannya. Maka dengan itu dia berbesar hati menjemput kami ke majlis doa selamatnya.

            Selesai sahaja setiap kumpulan mengumpul upah berjumlah RM50 atau lebih, setiap ketua kumpulan berkumpul di Dataran Anggerik pada jam 5 petang untuk menyerahkan hasil kepada Bendahari PPKE. Manakala ahli kumpulan yang lain dibenarkan pulang sebaik sahaja tugasan mereka berakhir. Setelah dijumlahkan semua pungutan upah, PPKE berjaya menggumpulkan dana lebih daripada sasaran utama berjumlah RM2000. Pengerusi PPKE, Saudara Muhammad Syahmi Jafar memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada 7 Jun 2013 bertujuan membincangkan perolehan yang melebih sasaran sebanyak RM1000.

            Kesimpulannya, aktiviti Sesuap Nasi 1.0 berjaya dilaksanakan dengan jaya dan lancer. Maklum balas yang sangat positif serta sokongan penduduk kampung ke atas aktivit yang dijalankan sedikit sebanyak memotivasikan ahli PPKE untuk meneruskan aktiviti sebegini di masa hadapan. Objektif utama iaitu mengumpul dana sebnyak RM1 000 tercapai malahan terdapat lebihan daripada dana ynag terkumpul. Di samping itu, nilai-nilai murni seperti tolong menolong, hormat menghormati, kepimpinan, bersopan santun berjaya diterapkan melalui komunikasi yang wujud antara ahli PPKE dan penduduk kampung serta di Antara ahli PPKE sendiri. Harapan kami aktivi sebegini dapat diteruskan di masa hadapan dan persatuan pelajar lain di dalam UTHM dapat menjalankan aktiviti yang sama konsep agar UTHM berjaya melahirkan graduan yang berilmu dan disegani masyarakat.

Dilaporkan oleh,                                                                                           4 Jun 2013

Jamilah Atan
(Jamilah Atan)
Setiausaha,
 Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.