Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.
Teh Zawani Azizul Fata
Institusi keluarga
merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang harmonis.
Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang
menjadi penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara
hanya akan melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam
institusi kekeluargaan itu bertanggungjawab, berdaya saing dan intelektual. Namun
begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan sering dipandang enteng dan hanya
menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Dunia tidak lagi
mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada hakikatnya, institusi
keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga
menjadi goyah, porak- peranda dan seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela
dalam arus kemodenan dunia. Gaya hidup masyarakat yang sudah berubah ke arah
yang tidak mementingkan kasih sayang menjadi salah satu faktor utama kepada
kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari ini.
Wang dan harta
kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang. Walaupun
begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam sesebuah
keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran
materialistik dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang
menjadi faktor utama kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak
lagi ‘bagai menatang minyak yang penuh’ terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk
mengejar kemewahan dunia yang sementara. Mereka rerlalu leka mencari wang untuk
kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka yang paling penting
iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa hanya
dilaksanakan bak ‘melepaskan batuk di tangga’ seolah-olah sebagai kerja
sampingan yang tidak berfaedah. Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material
menghalang mereka untuk memberi kasih sayang dan didikan yang sempurna kepada
anak-anak. Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih sayang dan
diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa dihabiskan ditempat kerja dan
lebih menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa cutinya di rumah
untuk pergi bekerja. Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan kekeluargaan
menjadi kukuh kerana ibu bapa banyak meluangkan mas bersama anak-anak,
contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan rumah dan beriadah bersama. Namun
kini, semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan walaupun masih ada
segelintir manusia yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh itu,
jelaslah bahawa cara hidup ibu bapa yang terlalu mementingkan material telah
menyebabkan kemerosotan dalam hubungan kekeluargaan.
Selain itu, institusi
keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak mementingkan
pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan
bercorak duniawi tanpa menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara
hidup yang sepatutnya diamalkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada dunia terknologi
berbanding kepada ajaran agama. Akhirnya, anak-anak menjadi tidak bermoral,
bersikap liar dan tidak lagi menghormati ibu bapa. Sikap hormat kepada orang
yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana anak-anak tidak diajar
dan diberi didikan agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat hidup
sejahtera dan bahagia sekiranya setiap anggota keluarga memahami prinsip agama
yang sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam pengetahuan agama juga akan kurang
bertanggungjawab kerana mereka tidak berasa bahwa amanah yang dipikul itu
adalah sesuatu yang berat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka,
keluarga yang dibentuk tidak sempurna dan ikatan kekeluargaan yang dijalin
menjadi tidak kukuh dan renggang. Oleh itu, oendidikan agama yang kurang
sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kucar-kacir dan tidak aman.
Pada hari ini, ibu
bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila. Cara hidup
sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala
Lumpur. Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan
sosial, contohnya kelab-kelab, persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan
diri dalam kegiatan sosial sememangnya suatu amalan yang baik dan digalakkan
namun, ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap
keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini menyebabakan masa
bersama anak-anak menjadi kurang. Mereka
sewajarnya mengimbangkan masa mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya
masa banyak dihabiskan luar rumah, maka mereka tidak berkesempatan beramah
mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih sayang dapat diwujudkan. Akibatnya,
anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang menjadi aset utama kepada
anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan kesunyian makah lebih
malang lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa gaya
hidup ibu bapa pada hari ini yang terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh
meruntuhkan institusi keluarga.
Selain itu, anak-anak
kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu baoa untuk membina
kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah
tangga menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka
sukar untuk menemui ibu bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah
ibu bapa pada hari-hari cuti khususnya hari perayaan. Ada juga anak-anak yang
terus menghilangkan diri setelah berpindah ke tempat lain. Mereka terus leka
dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu bapa mereka
yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin
menjadi linggar akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu
bapa. Sikap anak bak ‘kacang lupakan kulit’ semakin berleluasa di kalangan
masyarakat dan menjadikan institusi keluarga tidak lagi bahagia. Oleh itu,
kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak yang tinggal
berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.