Friday, October 3, 2014

Contoh Karangan : Laporan Aktviti Amal : LAPORAN AKTIVITI SESUAP NASI 1.0

Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan aktiviti ‘Sesuap Nasi 1.0’. Anda sebagai seorang setiausaha persatuan dikehendaki untuk menulis satu laporan lengkap mengenai lawatan tersebut.

Laporan Aktiviti Sesuap Nasi 1.0

Pada Sabtu lalu bersamaan dengan 4 Jun 2013, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik(PPKE)  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) telah mengadakan aktivit Sesuap Nasi 1.0. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang ahli persatuan yang terdiri daripada pelajar Kejururteraan Elektrik tahun 3 dan tahun 4. Aktivit ini diadakan bertujuan mengumpul dana Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik sebanyak RM1 000. Dana tersebut akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Batu Pahat sebagai sebahagian daripada sumbangan amal Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik UTHM.  Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi merapatkan jurang sosial mahasiswa dengan penduduk tempatan serta menguatkan ukhwah antara mahasiswa dan masyarakat.

            Pada jam 7.00 pagi semua pelajar yang terlibat berkumpul di Dataran Anggerik, UTHM untuk mendengar taklimat daripada Pengerusi aktiviti Sesuap Nasi 1.0 iaitu saudara Muhammad Syahmi Bin Jafar mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Kesemua yang terlibat dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PPKE yang bertanggungjawab memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sangat mudah, setiap kumpulan dikehendaki ke sebuah kampung yang berlainan daripada kumpulan lain dan meronda kawasan kampung tersebut untuk mencari kerja berupah  daripada penduduk kampung. Sebagai contoh, Kumpulan 1 ke Kampung Parit Samijan dan bertanyakan kepada Pak Cik Mahmud jika dia ingin memberi mereka upah membersihkan laman rumahnya. Setiap kumpulan dilarang sama sekali memberikan syarat minimum upah, mereka harus menerima upah yang diberikan oleh penduduk kampung seadanya.

            Selesai sahaja taklimat oleh Pengerusi PPKE, semua yang terlibat menaiki kenderaan masing-masing menuju ke kawasan kampung yang telah ditetapkan. Sebanyak 18 kampung yang terlibat di sekitar Parit Raja iaitu Parit Samijan, Parit Karjo, Parit Hj. Salleh Ros, Parit Bengkok, Parit Jelutong, Parit Hj. Salleh, Parit Burah, Parit Sempadan Dalam, Parit Raja Darat, Parit Sempadan Dalam, Parit Sempadan Laut, Parit Daun, Parit Jambul, Parit Baring, Parit Hj. Abdul Kadir, Parit Lapis Sempadan, Parit Samion dan Parit Kaspan. Setiap kawasan kampung dituju oleh satu kumpulan kecuali Parit Raja Darat yang dituju dengan 3 kumpulan kerana kawasan kampung yang luas. Memandang aktiviti mengambil upah yang dilakukan melibatkan kerja-kerja kebun seperti membersihkan laman rumah, potong rumput, mengumpul buah sawit dan banyak lagi, AJK PPKE membekalkan setiap pelajar dengan air mineral 1.5 liter untuk mengelakkan hidrasi berikutan cuaca panas pada hari tersebut.

            Perlbagai kerja mengambil upah yang dijalankan oleh ahli PPKE untuk mengumpul dana RM1000 antaranya ialah menyusun stok di kedai runcit, membersihkan laman rumah, memotong rumput, menyusun pokok bunga dan banyak lagi. Penduduk kampung juga sangat berbesar hati menerima kami mengambil upah di kawasan rumah dan kebun mereka.  Sebilangan penduduk kampung menyuarakan pendapat bahawa aktiviti sebegini wajar dijalankan sepanjang masa untuk membantu mereka yang memerlukan serta mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa dan penduduk kampung. Mereka juga memuji sikap ringan tulang ahli PPKE menjalankan aktiviti ini seperti aur dengan tebing. Sebelum mereka pulang selepas tamat tugasan, setiap kumpulan mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan penduduk kampung yang terlibat menjayakan aktiviti Sesuap Nasi 1.0. Seorang penduduk kampung, Nafsiah Omar telah menjemput seluruh ahli PPKE ke majlis doa selamat yang akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 10 Jun 2014 bersempena dengan rumahnya yang baru diduduki. Menurutnya kedatangan ahli PPKE ke Parit Samijan membantunya mengemas kawasan rumah barunya telah meringankan bebannya. Maka dengan itu dia berbesar hati menjemput kami ke majlis doa selamatnya.

            Selesai sahaja setiap kumpulan mengumpul upah berjumlah RM50 atau lebih, setiap ketua kumpulan berkumpul di Dataran Anggerik pada jam 5 petang untuk menyerahkan hasil kepada Bendahari PPKE. Manakala ahli kumpulan yang lain dibenarkan pulang sebaik sahaja tugasan mereka berakhir. Setelah dijumlahkan semua pungutan upah, PPKE berjaya menggumpulkan dana lebih daripada sasaran utama berjumlah RM2000. Pengerusi PPKE, Saudara Muhammad Syahmi Jafar memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada 7 Jun 2013 bertujuan membincangkan perolehan yang melebih sasaran sebanyak RM1000.

            Kesimpulannya, aktiviti Sesuap Nasi 1.0 berjaya dilaksanakan dengan jaya dan lancer. Maklum balas yang sangat positif serta sokongan penduduk kampung ke atas aktivit yang dijalankan sedikit sebanyak memotivasikan ahli PPKE untuk meneruskan aktiviti sebegini di masa hadapan. Objektif utama iaitu mengumpul dana sebnyak RM1 000 tercapai malahan terdapat lebihan daripada dana ynag terkumpul. Di samping itu, nilai-nilai murni seperti tolong menolong, hormat menghormati, kepimpinan, bersopan santun berjaya diterapkan melalui komunikasi yang wujud antara ahli PPKE dan penduduk kampung serta di Antara ahli PPKE sendiri. Harapan kami aktivi sebegini dapat diteruskan di masa hadapan dan persatuan pelajar lain di dalam UTHM dapat menjalankan aktiviti yang sama konsep agar UTHM berjaya melahirkan graduan yang berilmu dan disegani masyarakat.

Dilaporkan oleh,                                                                                           4 Jun 2013

Jamilah Atan
(Jamilah Atan)
Setiausaha,
 Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Thursday, October 2, 2014

Contoh Karangan : Revolusi Arab Dan Perkembangan Ilmu Pengetahuan.

Berikut merupakan analisa artikel REVOLUSI ARAB : ADAKAH KEBEBASAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN?

Revolusi Arab yang bermula di Tunisia pada 18 Disember 2010 seperti barah yang merebak ke dalam kalangan anggota Liga Arab yang lain. Secara amnya, kebanyakan negara di kawasan Timur Tenggah umpama gunung berapi yang menunggu hari berlakunya letusan gunung berapi kerana telah wujudnya pemberontakan dari dalam sejak sekian lamanya. Oleh kerana tiada pencetus dalam meledakkan kemarahan rakyat maka pemberontakan tersebut seperti duri dalam daging. Akhirnya pada 18 Disember 2010, rentetan peristiwa Mohamed Bouazizi membakar dirinya akibat tindakan pegawai bandaran merampas barang perniagaannya serta memalukannya dan pembantunya telah meletuskan revolusi yang mempunyai efek domino kepada seluruh anggota Liga Arab. Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan yang dapat diperoleh dengan wujudnya Revolusi yang berlaku.

Antara faktor Revolusi Arab berlaku adalah pewarisan pemerintahan seperti di Mesir, penggunaan undang-undang darurat, keganasan polis, ketidak telusan pilihan raya, sekatan kebebasan bersuara, kememelesetan ekonomi dan rasuah dalam kalangan angota kerajaan. Beberapa kerajaan diktator seperti di Libya di bawah pimpinan Muammar Gadafi, Hosni Mubarak di Mesir dan Bashar Al-Assad di Syria berjaya dimansuhkan oleh kumpulan pemberontak atau kumpulan revolusi. Walaupun kumpulan ini tidak Berjaya menguasai sepenuhnya kerajaan baru tetapi mereka berjaya mencapi objectif mereka iaitu memansuhkan kerajaan sedia ada yang diperintah pemerintah kuku besi. Sebagai contoh di Mesir, pemberontak terdiri daripada sarjana, golongan professional serta belia yang mempunyai kelulusan daripada universiti terkemuka di Mesir. Terdapat juga organisasi politik yang berjuang bersama mereka atas platform perjuangan kebebasan hak asasi serta pemerintah yang adil iaitu ‘Muslim Brotherhood’. Mereka berjaya merubah corak pemerintahan Mesir masa kini yang diperintah oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang di bawah perintah Mohamed Hussein Tantawi.

Memandangkan ekonomi dunia pada hari ini mengalami pertumbuhan yang kecil akibat kemelesetan yang berlarutan di Zon Eropah, negara-negara Arab akan mengalami masalah pertumbuhan ekonomi akibat Revolusi yang tercetus. Tambahan pula akibat kekurangan sumber produktiviti berasaskan bahan mentah mahupun modal insan akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antara peluang yang mempunyai potensi besar dalam memandu ekonomi negara Arab yang kini dalam keadaan genting ialah ekonomi berasaskan ilmu pengetahun.

Sebelum Revolusi Arab tercetus, kebanyakan Negara Arab tidak memfokuskan kepada perkembangan ilmu berbanding negara Asia Timur. Majoriti Negara Asia lain seperti China, Malaysia dan Singapura sangat menekankan kepentingan perkembangan ilmu. Ini dapat dibuktikan melalui penyelidikan dan penerokaan ilmu yang dilakukan oleh institusi di Asia Tenggara seperti Universiti Sains Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Hasanuddin Makasar, Indonesia dalam melakukan penyelidikan mengenai khasiat madu lebah tempatan sebagai sumber penjagaan kesihatan. Tidak kurang juga kedudukan universiti di Asia Timur seperti National University of Singapore (NUS), University of Tokyo  serta banyak lagi univeriti di Asia Timur menduduki kedudukan tinggi dalam senarai universiti terbaik dunia berbanding universiti yang terletak di Asia Barat. Ini membuktikan penekanan yang diberikan kerajaan yang mentadbir sangat mementingkan perkembangan ilmu. Ini kerana ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan adalah ekonomi bercorak universal dan tidak terhad.  Melalui pertumbuhan ekonomi berasakan ilmu sesebuah negara itu dapat menghasilkan banyak modal insan yang dapat memandu ekonomi negara ke arah lebih maju. Walau bagaimanapun ini mengambil masa yang lama kerana pelaburan dalam bidang ilmu pengetahuan dikategorikan sebagai pelaburan jangka masa panjang.

 Berikut merupakan senarai kedudukan universiti terkemuka dunia :

THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2011-2012
Ordered by this column, descending
WORLD RANKING
INSTITUTION
COUNTRY / REGION
OVERALL SCORE change criteria
1
California Institute of Technology
United States
94.8
2
Harvard University
United States
93.9
2
Stanford University
United States
93.9
4
University of Oxford
United Kingdom
93.6
5
Princeton University
United States
92.9
6
University of Cambridge
United Kingdom
92.4
7
Massachusetts Institute of Technology
United States
92.3
30
University of Tokyo
Japan
74.3
34
University of Hong Kong
Hong Kong
72.3
49
Peking University
China
65.6
52
Kyoto University
Japan
64.8
53
Pohang University of Science and Technology
Republic of Korea
64.6
62
Hong Kong University of Science and Technology
Hong Kong
61.7
94
Korea Advanced Institute of Science and Technology
Republic of Korea
54.5
108
Tokyo Institute of Technology
Japan
52.8
119
Osaka University
Japan
51
120
Tohoku University
Japan
50.8
169
Nanyang Technological University
Singapore
45
192
University of Science and Technology of China
China
42.7
193
City University of Hong Kong
Hong Kong
42.6
201-225
Bilkent University
Turkey
Data withheld by THE
201-225
Nagoya University
Japan
Data withheld by THE
351-400
University of Tartu
Estonia
Data withheld by THE
351-400
Tokyo University of Agriculture and Technology
Japan
Data withheld by THE
351-400
Waseda University
Japan
Data withheld by THE
351-400
Wuhan University
China
Data withheld by THE
351-400
Yuan Ze University
Taiwan
Data withheld by THE

Oleh yang demikian, Negara Arab sewajarnya mengambil peluang dalam masa keadaan negara mereka yang sedang melalui proses perubahan pucuk pimpinan untuk tidak terus ketinggalan dari sudut perkembangan ilmu pengetahuan. Sememangnya menjadi cabaran kepada setiap Negara yang mengalami pergolakan untuk memberi fokus kepada perkembangan ilmu pengetahun akibat beberapa faktor iaitu kemelesetan ekonomi, masalah kemiskinan, ketidak stabilan politik serta masalah kewangan. Maka kerajaan yang bakal dibentuk di negara-negara Arab sewajarnya menimbang tara perbelanjaan negara yang bakal diagihkan.

Dunia mengetahui bahawa, bagi setiap negara yang sedang melalui proses perubahan kepimpinan negara atau pun sistem pemerintahan negara, kerajaan dalam negara tersebut akan lebih memfokuskan kepada faktor jangka masa pendek seperti keselamatan, politik dan ekonomi. Dari sudut keselamatan, pihak berkuasa seperti polis dan tentera akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan keganasan serta keselamatan negara tersebut dari serangan dalam negara serta serangan dari luar. Dari sudut politik, ahli-ahli politik akan memainkan peranan dalam memastikan ideologi perjuangan politik mereka memainkan peranan dalam kerajaan yang bakal dibentuk. Sementara bagi faktor ekonomi, ahli perniagaan akan sedaya upaya mencari perlindungan untuk menyelamatkan perniagaan mereka.

Bagi pihak kerajaan, tidak banyak yang dapat dilakukan dari segi ekonomi. Ini kerana, ketidak stabilan politik merupakan akar kemusnahan sesebuah negara. Apabila politik di negara Arab mula berkocak, pelabur asing akan mula mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan pelaburan mereka selamat. Ketidak stabilan politik juga membawa kepada penguncupan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akibat pelaburan asing menarik pelaburan mereka. Pelancong asing juga akan berkurang kerana bimbang akan keselamatan mereka terancam. Penduduk yang bermastautin di negara tersebut juga akan pulang ke negara asal kerana faktor keselamatan. Contohnya, kerajaan Malaysia memanggil pulang rakyat Malaysia di Mesir ketika Revolusi 2011 bemula di Tahrir Square, Cairo. Sebahagian besar rakyat yang tinggal di sana merupakan pelajar universiti, tidak kurang juga ahli profesional Malaysia yang berkhidmat di sana. Akibat kekurangan manusia, proses ekonomi aka terencat kerana kecairan mata wang dari dalam negara akan terjejas akibat tiaa pasaran dan pengurangan pembeli. Ini jelas menunjukan bahawa pergolakan politik membawa kepada penguncupan ekonomi serta mengancam keselamatan negara. Akibat demonstrasi Revolusi Mesir 2011 yang dilakukan di Tahrir Square, Cairo  perniagaan-perniagaan kecil ditutup, sekolah ditutup, yang hanya tinggal ialah hospital. Segala aktiviti harian tergendala akibat acaman keselamatan.

Memandangkan beberapa negara Arab kini dalam proses ke arah kerajaan demokrasi, usaha mengubah sistem pemerintahan kepada kerajaan demokrasi yang dianggap lebih adil seharusnya dilakukan seiring dengan menjayakan perkembangan ilmu di negara Arab kerana perkembangan ilmu yang berlaku akan menyemai kepentingan berilmu dalam kalangan rakyat. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat yang berilmu.  Masyarakat yang berilmu akan menjadikan sistem pentadbiran yang lebih baik dengan adanya disiplin yang dipraktikkan semasa proses perkembangan ilmu itu berlangsung. Proses pentadbiran yang baik akan mengunjur kepada penguatkuasaan undang-undang yang bertepatan dengan kehendak undang-undang itu sendiri. Menerusi kesedaran terhadap perkembangan ilmu, kajian saintifik yang dirancang perlu mendapat sokongan dari sektor swasta serta sektor kerajaan dalam menjayakan penyelidikan tersebut kerana usaha sama antara kedua-dua belah pihak akan memudahkan proses penyelidikan tersebut.  Hal ini kerana, sektor  swasta kebiasaanya memainkan peranan dlam menyediakan pelaburan manakala sektor kerajaan akan memainkan peranan dalam menjayakan penyelidikan tersebut serta memastikan kelancaran proses penyelidikan tersebut bertepatan dengan polisi kerajaan. Walau bagaimanapun peranan tersebut tidak tertakluk sebegitu sahaja kerana peranan yang dimainkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta tertakluk kepada perjanjian yang ditanda tangani.

Proses perkembangan ilmu yang diusahakan juga akan mewujudkan suasana selesa di mana golongan professional serta ilmuan di luar negara Arab untuk pulang ke negara masing-masing untuk mempraktikan ilmu mereka di Negara asal. Kestabilan politik juga memainkan peranan dalam menarik kembali modal insan yang telah keluar dari Negara asal kerana kerajaan perlu mewujudkan intensif yang menarik bagi mereka untuk berkhidmat kembali di Negara Asal. Kebanyakan imigran dari Negara Arab berhijrah ke Eropah atau pun Amerika Syarikat kerana mereka ingin kehidupan yang lebih baik tanpa penindasan dari pihak pemerintah.


Gelombang penghijrahan secara besar-besaran oleh warga Arab ke Amaerika Syarikat bermula selepas 2 dekad selepas Perang Dunia Kedua.Mereka berhijrah kerana keadaan negara mereka yang tidak aman serta desakan hidup yang memaksa mereka meniggalkan tanah air masing-masing. Kebanyakan warga Arab di Amerika Syarikat kini terdiri daripada warga Lebenon, Syria, Mesir, Palestin, Iraq, Jordan, Morocco serta Negara-negara Arab yang lain. Penghijrahan imigran Arab ke Amerika Syarikat serta ke negara di Eropah serta Asia Timur mengakibatkan kekurangan tenaga mahir serta ahli profesional di Negara Arab. Ini juga berpunca daripada kelembapan perkembangan ilmu yang berlaku di negara Arab kerana kerajaan rejim yang memerintah lebih memfokuskan pemerintahan mereka kepada pengekalan kuasa di Negara tersebut berbanding kepentingan sosial yang pada azalinya menjadi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan rakyat sesebuah negara mendapat menafaaat serta bantuaan dari sudut pendidikan.

Dengan revolusi yang berlaku, kerajaan yang bakal dibentuk berpotensi untuk memenuhi kehendak sosial rakyat. Kerajaan di Negara yang sedang mengalami revolusi perlu mengetengahkan kepentimgak perkembangan ilmu melalui penekanan pedidikan di peringkat rendah hinggalah di peringkat universiti agar modal insan dapat dijana kembali. Secara amnya, rakyat memandang bahawa pendidikan adalah perkara yang sangat pada masa kini di mana dunia berlumba-lumba mengejar kemajuan sains dan teknologi. Tanpa pengetahuan serta pendidikan yang tersusun, komuniti Arab di Timur Tengah akan terus tertinggal dari kemajuan sains dan teknologi. Kerajaan yang baru juga boleh menjadikan kepentingan perkembangan ilmu menerusi pendidikan sebagai menifesto mereka bagi menarik kepercayaan rakyat terhadap calon pemerintah.

Tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan jika pemerintah sesebuah negara menjadi perkembangan ilmu sebagai fokus utama mereka dalam menjayakan pemerintahan mereka. Sebagai contoh, di Malaysia, menerusi Penyata Razak 1956, kerajaan memacu perkembangan modal insan di Tanah Melayu seiring dengan keperluan mengintegrasikan masyarakat Tanah Melayu yang berbilang bangsa. Usaha tersebut masih diteruskan hingga hari ini. Kita dapat lihat terdapat sebilangan besar modal insan hasil daripada setengah abad yang lalu kini telah menjadi penyumbang utama dalam kemajuan Negara seperti  Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Angkasawan Pertama Negara yang juga merupakan doktor pakar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan ikon negara dalam bidang angasa lepas dan beliau berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia angkasawan. Justeru bagi Negara Arab mencorakkan perkembangan ilmu mereka, mereka perlu melihat keperluan negara tersebut seiring dengan situasi Negara mereka agar polisi yang diwujudkan tidak bertentangan dengan situasi Negara mereka.


Tuntasnya, dapat dilihat bahawa kemelut di Dunia Arab kini sangat genting kerana mereka sedang memperjuangkan hak asasi mereka serta pemerintahan yang adil lagi saksama. Iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah bersyukur dengan apa jua nikmat kehidupan yang kita miliki pada hari ini. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang baik serta aman. Tidak dinafikan jika terdapat kepincangan dalam sistema pemerintahan kita kerana manusia itu sendiri pincang. Tetapi, kepincangan itu bukanlah alasan yang kukuh untuk kita berpaling tadah kesetiaan kita pada Negara. Sebilangan rakyat Malaysia membandingan ketidak telusan yang berlaku dalam sistema pemerintahan Negara dengan negara yang mempunyai kadar rasuah yang rendah seperti Singapura. Tetapi mereka tidak mengambil kira faktor bahawa majoriti penjawat awam di Singapura adalah bangsa Cina berbanding di Malaysia,  majoriti penjawat awam ialah Melayu. Sememangnya bangsa Melayu mempunyai masalah bangsa itu sendiri iaitu mudah lupa, rasuah serta malas. Kita telah dibelenggu penjajah selama beratus tahun, maka proses untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi darah daging kita iaitu dah lupa, rasuah serta malas bukanlah proses semalaman bahkan proses jangka masa panjang serta pendidikan berterusan. Saya menggelarkan ini sebagai proses mematangkan bangsa. Berbanding bangsa Cina mereka tidak pernah dijajah, mereka tidak pernah dikoloni maka bangsa mereka tidak mengalami kecacatan akibat revolusi zaman berbanding bangsa Melayu. Jika dilihat pula pada bangsa Arab, mereka bukanlah bangsa yang dijajah secara terus tetapi mereka adalah bangsa yang dimanipulasi oleh kuasa Barat. Mereka mempunyai ruang yang besar untuk memperbaiki keadaan kerana mereka mempunyai cabaran fizikal seperti ekonomi, keselamatan, politik berbanding cabaran mental seperti yang berlaku di Malaysia. Tuntasnya, Revolusi Arab 2011 telah membuka ruang bagi Negar-negara Arab melakukan anjakan paradigma dalam mencorakkan hala tuju negara masing-masing. Tetapi langkah anjakan tersebut hendaklah dipacu oleh pemerintah yang adil agar limpahan nikmat yang bakal dicapai dapat dirasai keseluruhan rakyat mereka. Hampir tiba masanya di mana pemerintahan bercorak diktator berakhir dan pemerintah yang baru perlu menjadikan perkembangan ilmu sebagai sebahagian agenda utama mereka agar Negara-negara Arab dapat mengejar kemajuan perkembangan ilmu kini yang bergerak pantas terutama sekai bidang sains dan teknologi.

Tugasan Hubungan Etnik

Contoh Karangan : Faktor Dan Kesan Peristiwa 13 Mei


Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari Pantai Barat Malaysia mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan. Peristiwa ini lebih memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya  Kaum Melayu memperjuangkan hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan politik mereka.

Faktor utama yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam sejarah Negara ialah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini telah mencetuskan kemarahan orang Melayu dan juga memberi tanda kepada orang Cina bahawa mereka boleh mempunyai hak sama rata seperti kaum Melayu. Memandangkan sistem pendidikan pada ketika itu mengunakan sistem  vernakular dan informasi yang boleh diperoleh sangat terhad. Maka, orang Cina tidak memahami konsep yang digunapakai di Tanah Melayu ketika itu. Mereka tidak dapat menerima keadaan di mana mereka mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu. Maka sebagai tuan tanah orang Melayu berhak mempunyai peraturan dan perkara-perkara yang dikalsifikasaikan sebagai hak yang tidak patut diusik oleh orang selain tuan tanah. Ada segelintir masyarakat Cina yang mengiktiraf ketuanan Melayu tetapi pedirian mereka digoncang oleh ahli politik mereka. Maka sehingga kini masyarakat Cina akan tetap memperjuangkan kepentingan Cina tidak kira pegangan politik mereka kerana Peristiwa 13 Mei telah membuktikan mereka mampu berkuasa jika mereka usahakan sehabis daya. Walau bagaimanapun, 13 Mei juga membuktikan orang Melayu tetap akan mempertahankan Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka.

Selain itu dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Dasar ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Kaum Cina telah bertapak di kawasan bandar untuk menjayakan ekonomi Tanah Melayu dan juga lombong bijih timah untuk menyedut kekayaan Tanah Melayu demi kpentingan British. Manakala masyarakat Melayu dibiarkan dengan ekonomi sara diri seperti peribahasa Melayu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang akan petang’. Ekonomi orang Melayu berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun dan sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang Melayu kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada. Maka dengan ini telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca Merdeka dengan perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.

Tambahan pula, ekonomi dan pendidikan sangat berkait rapat. Bila mana terdapatnya pergerakan yang difaktorkan oleh faktor ekonomi maka pendidikan akan berkembang kerana kebanyakan orang yang berniaga akan merantau. Maka disebabkan orang Cina memegang kuasa ekonomi maka mereka juga mempunyai kelebihan dalam bidang pendidikan juga. Mereka merupakan kaum awal yang memonopoli pendidikan di Sekolah Inggeris. Kebanyakan anak-anak Melayu bersekolah di Sekolah Melayu di mana tahap pembelajaran mereka hanya setakat di peringkat rendah. Ini dengan jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketika itu ketinggalan daripada arus perkembangan pendidikan. Apabila tercetusnya 13 Mei faktor-faktor seperti ini menjadikan kemarahan orang Melayu menjadi-jadi kerana mereka menganggap kaum Cina tidak mengenang budi dan tamak kerana mereka telah dapat lebih banyak daripada kaum Melayu. Sedangkan mereka merupakan imigran dan kaum Melayu merupakan tuan tanah.

Selain daripada itu, faktor kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara yang mencebabakan pertumpahan darah selama beberapa hari bermula 13 Mei  1969 hinggalah Darurat diisytiharkan 16 Mei 1969. Sebelum 13 Mei 1969, telah wujud khabar-khabar angin mengatakan mengenai kekacauan yang akan berlaku. Tetapi akibat sikap ambil mudah pihak yang berwajib, mereka tidak memaklumkan kepada pihak tentera pada ketika itu. Maka kegagalan pihak tentera menerima maklumat mengenai khabar angin itu menyebabkan kegiatan risikan tidak dijalankan oleh pihak tetera yang pada ketika itu menjalankan tugas sekunder mereka. Tugas sekunder tentera pada lewat tahun 6o-an ialaha menjaga ketenteraman awam dalam menagani masalah Parti Komunis Malaya (PKM)

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong  di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,  Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. 

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai  ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Tugasan subjek Hubungan Etnik