Berikut merupakan analisa artikel REVOLUSI ARAB : ADAKAH KEBEBASAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN?
Revolusi Arab yang bermula di
Tunisia pada 18 Disember 2010 seperti barah yang merebak ke dalam kalangan
anggota Liga Arab yang lain. Secara amnya, kebanyakan negara di kawasan Timur
Tenggah umpama gunung berapi yang menunggu hari berlakunya letusan gunung
berapi kerana telah wujudnya pemberontakan dari dalam sejak sekian lamanya. Oleh
kerana tiada pencetus dalam meledakkan kemarahan rakyat maka pemberontakan tersebut
seperti duri dalam daging. Akhirnya pada 18 Disember 2010, rentetan peristiwa
Mohamed Bouazizi membakar dirinya akibat tindakan pegawai bandaran merampas
barang perniagaannya serta memalukannya dan pembantunya telah meletuskan
revolusi yang mempunyai efek domino kepada seluruh anggota Liga Arab. Walau
bagaimanapun, terdapat kebaikan yang dapat diperoleh dengan wujudnya Revolusi
yang berlaku.
Antara faktor Revolusi
Arab berlaku adalah pewarisan pemerintahan seperti di Mesir, penggunaan
undang-undang darurat, keganasan polis, ketidak telusan pilihan raya, sekatan
kebebasan bersuara, kememelesetan ekonomi dan rasuah dalam kalangan angota
kerajaan. Beberapa kerajaan diktator seperti di Libya di bawah pimpinan Muammar
Gadafi, Hosni Mubarak di Mesir dan Bashar Al-Assad di Syria berjaya dimansuhkan
oleh kumpulan pemberontak atau kumpulan revolusi. Walaupun kumpulan ini tidak
Berjaya menguasai sepenuhnya kerajaan baru tetapi mereka berjaya mencapi
objectif mereka iaitu memansuhkan kerajaan sedia ada yang diperintah pemerintah
kuku besi. Sebagai contoh di
Mesir, pemberontak terdiri daripada sarjana, golongan professional serta belia
yang mempunyai kelulusan daripada universiti terkemuka di Mesir. Terdapat juga
organisasi politik yang berjuang bersama mereka atas platform perjuangan
kebebasan hak asasi serta pemerintah yang adil iaitu ‘Muslim Brotherhood’. Mereka berjaya merubah corak pemerintahan
Mesir masa kini yang diperintah oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir
yang di bawah perintah Mohamed Hussein Tantawi.
Memandangkan ekonomi
dunia pada hari ini mengalami pertumbuhan yang kecil akibat kemelesetan yang
berlarutan di Zon Eropah, negara-negara Arab akan mengalami masalah pertumbuhan
ekonomi akibat Revolusi yang tercetus. Tambahan pula akibat kekurangan sumber produktiviti berasaskan bahan mentah
mahupun modal insan akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antara peluang
yang mempunyai potensi besar dalam memandu ekonomi negara Arab yang kini dalam
keadaan genting ialah ekonomi berasaskan ilmu pengetahun.
Sebelum Revolusi Arab
tercetus, kebanyakan Negara Arab tidak memfokuskan kepada perkembangan ilmu
berbanding negara Asia Timur. Majoriti Negara Asia lain seperti China, Malaysia
dan Singapura sangat menekankan kepentingan perkembangan ilmu. Ini dapat
dibuktikan melalui penyelidikan dan penerokaan ilmu yang dilakukan oleh
institusi di Asia Tenggara seperti Universiti Sains Malaysia telah
menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Hasanuddin Makasar,
Indonesia dalam melakukan penyelidikan mengenai khasiat madu lebah tempatan
sebagai sumber penjagaan kesihatan. Tidak kurang juga kedudukan universiti di Asia Timur seperti National
University of Singapore (NUS), University of Tokyo serta banyak lagi univeriti di Asia Timur
menduduki kedudukan tinggi dalam senarai universiti terbaik dunia berbanding universiti
yang terletak di Asia Barat. Ini membuktikan penekanan yang diberikan kerajaan
yang mentadbir sangat mementingkan perkembangan ilmu. Ini kerana ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan
adalah ekonomi bercorak universal dan tidak terhad. Melalui pertumbuhan ekonomi berasakan ilmu
sesebuah negara itu dapat menghasilkan banyak modal insan yang dapat memandu
ekonomi negara ke arah lebih maju. Walau bagaimanapun ini mengambil masa yang
lama kerana pelaburan dalam bidang ilmu pengetahuan dikategorikan sebagai
pelaburan jangka masa panjang.
Berikut merupakan senarai kedudukan
universiti terkemuka dunia :
THE
WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2011-2012
|
WORLD RANKING
|
INSTITUTION
|
COUNTRY / REGION
|
OVERALL
SCORE change criteria
|
1
|
California
Institute of Technology
|
United States
|
94.8
|
2
|
Harvard University
|
United States
|
93.9
|
2
|
Stanford University
|
United States
|
93.9
|
4
|
University of Oxford
|
United Kingdom
|
93.6
|
5
|
Princeton University
|
United States
|
92.9
|
6
|
University of Cambridge
|
United Kingdom
|
92.4
|
7
|
Massachusetts Institute of
Technology
|
United States
|
92.3
|
30
|
University of Tokyo
|
Japan
|
74.3
|
34
|
University of Hong Kong
|
Hong Kong
|
72.3
|
49
|
Peking University
|
China
|
65.6
|
52
|
Kyoto University
|
Japan
|
64.8
|
53
|
Pohang University of
Science and Technology
|
Republic of Korea
|
64.6
|
62
|
Hong Kong University of
Science and Technology
|
Hong Kong
|
61.7
|
94
|
Korea Advanced Institute of
Science and Technology
|
Republic of Korea
|
54.5
|
108
|
Tokyo Institute of
Technology
|
Japan
|
52.8
|
119
|
Osaka University
|
Japan
|
51
|
120
|
Tohoku University
|
Japan
|
50.8
|
169
|
Nanyang Technological
University
|
Singapore
|
45
|
192
|
University of Science and
Technology of China
|
China
|
42.7
|
193
|
City University of Hong
Kong
|
Hong Kong
|
42.6
|
201-225
|
Bilkent University
|
Turkey
|
Data withheld by THE
|
201-225
|
Nagoya University
|
Japan
|
Data withheld by THE
|
351-400
|
University of Tartu
|
Estonia
|
Data withheld by THE
|
351-400
|
Tokyo University of
Agriculture and Technology
|
Japan
|
Data withheld by THE
|
351-400
|
Waseda University
|
Japan
|
Data withheld by THE
|
351-400
|
Wuhan University
|
China
|
Data withheld by THE
|
351-400
|
Yuan Ze University
|
Taiwan
|
Data withheld by THE
|
Oleh yang demikian, Negara
Arab sewajarnya mengambil peluang dalam masa keadaan negara mereka yang sedang
melalui proses perubahan pucuk pimpinan untuk tidak terus ketinggalan dari
sudut perkembangan ilmu pengetahuan. Sememangnya menjadi cabaran kepada setiap
Negara yang mengalami pergolakan untuk memberi fokus kepada perkembangan ilmu
pengetahun akibat beberapa faktor iaitu kemelesetan ekonomi, masalah
kemiskinan, ketidak stabilan politik serta masalah kewangan. Maka kerajaan yang
bakal dibentuk di negara-negara Arab sewajarnya menimbang tara perbelanjaan
negara yang bakal diagihkan.
Dunia mengetahui bahawa, bagi
setiap negara yang sedang melalui proses perubahan kepimpinan negara atau pun
sistem pemerintahan negara, kerajaan dalam negara tersebut akan lebih
memfokuskan kepada faktor jangka masa pendek seperti keselamatan, politik dan
ekonomi. Dari sudut keselamatan, pihak berkuasa seperti polis dan tentera akan
mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan keganasan serta keselamatan negara
tersebut dari serangan dalam negara serta serangan dari luar. Dari sudut
politik, ahli-ahli politik akan memainkan peranan dalam memastikan ideologi
perjuangan politik mereka memainkan peranan dalam kerajaan yang bakal dibentuk.
Sementara bagi faktor ekonomi, ahli perniagaan akan sedaya upaya mencari
perlindungan untuk menyelamatkan perniagaan mereka.
Bagi pihak kerajaan, tidak
banyak yang dapat dilakukan dari segi ekonomi. Ini kerana, ketidak stabilan
politik merupakan akar kemusnahan sesebuah negara. Apabila politik di negara
Arab mula berkocak, pelabur asing akan mula mengambil langkah berjaga-jaga
dalam memastikan pelaburan mereka selamat. Ketidak stabilan politik juga
membawa kepada penguncupan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akibat
pelaburan asing menarik pelaburan mereka. Pelancong asing juga akan berkurang
kerana bimbang akan keselamatan mereka terancam. Penduduk yang bermastautin di
negara tersebut juga akan pulang ke negara asal kerana faktor keselamatan.
Contohnya, kerajaan Malaysia memanggil pulang rakyat Malaysia di Mesir ketika
Revolusi 2011 bemula di Tahrir Square, Cairo. Sebahagian besar rakyat yang
tinggal di sana merupakan pelajar universiti, tidak kurang juga ahli
profesional Malaysia yang berkhidmat di sana. Akibat kekurangan manusia, proses
ekonomi aka terencat kerana kecairan mata wang dari dalam negara akan terjejas
akibat tiaa pasaran dan pengurangan pembeli. Ini jelas menunjukan bahawa
pergolakan politik membawa kepada penguncupan ekonomi serta mengancam
keselamatan negara. Akibat demonstrasi Revolusi Mesir 2011 yang dilakukan di
Tahrir Square, Cairo
perniagaan-perniagaan kecil ditutup, sekolah ditutup, yang hanya tinggal
ialah hospital. Segala aktiviti harian tergendala akibat acaman keselamatan.
Memandangkan beberapa negara
Arab kini dalam proses ke arah kerajaan demokrasi, usaha mengubah sistem
pemerintahan kepada kerajaan demokrasi yang dianggap lebih adil seharusnya
dilakukan seiring dengan menjayakan perkembangan ilmu di negara Arab kerana perkembangan
ilmu yang berlaku akan menyemai kepentingan berilmu dalam kalangan rakyat. Ini
secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat yang berilmu. Masyarakat yang berilmu akan menjadikan
sistem pentadbiran yang lebih baik dengan adanya disiplin yang dipraktikkan
semasa proses perkembangan ilmu itu berlangsung. Proses pentadbiran yang baik
akan mengunjur kepada penguatkuasaan undang-undang yang bertepatan dengan
kehendak undang-undang itu sendiri. Menerusi kesedaran terhadap perkembangan
ilmu, kajian saintifik yang dirancang perlu mendapat sokongan dari sektor
swasta serta sektor kerajaan dalam menjayakan penyelidikan tersebut kerana
usaha sama antara kedua-dua belah pihak akan memudahkan proses penyelidikan
tersebut. Hal ini kerana, sektor swasta kebiasaanya memainkan peranan dlam
menyediakan pelaburan manakala sektor kerajaan akan memainkan peranan dalam
menjayakan penyelidikan tersebut serta memastikan kelancaran proses
penyelidikan tersebut bertepatan dengan polisi kerajaan. Walau bagaimanapun
peranan tersebut tidak tertakluk sebegitu sahaja kerana peranan yang dimainkan
pihak kerajaan mahupun pihak swasta tertakluk kepada perjanjian yang ditanda
tangani.
Proses perkembangan ilmu
yang diusahakan juga akan mewujudkan suasana selesa di mana golongan
professional serta ilmuan di luar negara Arab untuk pulang ke negara
masing-masing untuk mempraktikan ilmu mereka di Negara asal. Kestabilan politik
juga memainkan peranan dalam menarik kembali modal insan yang telah keluar dari
Negara asal kerana kerajaan perlu mewujudkan intensif yang menarik bagi mereka
untuk berkhidmat kembali di Negara Asal. Kebanyakan imigran dari Negara Arab
berhijrah ke Eropah atau pun Amerika Syarikat kerana mereka ingin kehidupan
yang lebih baik tanpa penindasan dari pihak pemerintah.
Gelombang penghijrahan secara besar-besaran
oleh warga Arab ke Amaerika Syarikat bermula selepas 2 dekad selepas Perang
Dunia Kedua.Mereka berhijrah kerana keadaan negara mereka yang tidak aman serta
desakan hidup yang memaksa mereka meniggalkan tanah air masing-masing. Kebanyakan warga Arab di Amerika Syarikat
kini terdiri daripada warga Lebenon, Syria, Mesir, Palestin, Iraq, Jordan,
Morocco serta Negara-negara Arab yang lain. Penghijrahan imigran Arab ke
Amerika Syarikat serta ke negara di Eropah serta Asia Timur mengakibatkan
kekurangan tenaga mahir serta ahli profesional di Negara Arab. Ini juga
berpunca daripada kelembapan perkembangan ilmu yang berlaku di negara Arab
kerana kerajaan rejim yang memerintah lebih memfokuskan pemerintahan mereka
kepada pengekalan kuasa di Negara tersebut berbanding kepentingan sosial yang
pada azalinya menjadi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan rakyat sesebuah
negara mendapat menafaaat serta bantuaan dari sudut pendidikan.
Dengan revolusi yang
berlaku, kerajaan yang bakal dibentuk berpotensi untuk memenuhi kehendak sosial
rakyat. Kerajaan di Negara yang sedang mengalami revolusi perlu mengetengahkan kepentimgak
perkembangan ilmu melalui penekanan pedidikan di peringkat rendah hinggalah di
peringkat universiti agar modal insan dapat dijana kembali. Secara amnya,
rakyat memandang bahawa pendidikan adalah perkara yang sangat pada masa kini di
mana dunia berlumba-lumba mengejar kemajuan sains dan teknologi. Tanpa
pengetahuan serta pendidikan yang tersusun, komuniti Arab di Timur Tengah akan
terus tertinggal dari kemajuan sains dan teknologi. Kerajaan yang baru juga
boleh menjadikan kepentingan perkembangan ilmu menerusi pendidikan sebagai
menifesto mereka bagi menarik kepercayaan rakyat terhadap calon pemerintah.
Tidak dapat dinafikan lagi
keberkesanan jika pemerintah sesebuah negara menjadi perkembangan ilmu sebagai
fokus utama mereka dalam menjayakan pemerintahan mereka. Sebagai contoh, di
Malaysia, menerusi Penyata Razak 1956, kerajaan memacu perkembangan modal insan
di Tanah Melayu seiring dengan keperluan mengintegrasikan masyarakat Tanah
Melayu yang berbilang bangsa. Usaha tersebut masih diteruskan hingga hari ini.
Kita dapat lihat terdapat sebilangan besar modal insan hasil daripada setengah
abad yang lalu kini telah menjadi penyumbang utama dalam kemajuan Negara
seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu
Angkasawan Pertama Negara yang juga merupakan doktor pakar di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan ikon negara dalam bidang angasa lepas dan
beliau berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia angkasawan. Justeru bagi
Negara Arab mencorakkan perkembangan ilmu mereka, mereka perlu melihat
keperluan negara tersebut seiring dengan situasi Negara mereka agar polisi yang
diwujudkan tidak bertentangan dengan situasi Negara mereka.
Tuntasnya, dapat dilihat
bahawa kemelut di Dunia Arab kini sangat genting kerana mereka sedang
memperjuangkan hak asasi mereka serta pemerintahan yang adil lagi saksama. Iktibar
yang diperoleh ialah kita hendaklah bersyukur dengan apa jua nikmat kehidupan
yang kita miliki pada hari ini. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang baik
serta aman. Tidak dinafikan jika terdapat kepincangan dalam sistema
pemerintahan kita kerana manusia itu sendiri pincang. Tetapi, kepincangan itu
bukanlah alasan yang kukuh untuk kita berpaling tadah kesetiaan kita pada
Negara. Sebilangan rakyat Malaysia membandingan ketidak telusan yang berlaku
dalam sistema pemerintahan Negara dengan negara yang mempunyai kadar rasuah
yang rendah seperti Singapura. Tetapi mereka tidak mengambil kira faktor bahawa
majoriti penjawat awam di Singapura adalah bangsa Cina berbanding di
Malaysia, majoriti penjawat awam ialah
Melayu. Sememangnya bangsa Melayu mempunyai masalah bangsa itu sendiri iaitu
mudah lupa, rasuah serta malas. Kita telah dibelenggu penjajah selama beratus
tahun, maka proses untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi darah daging kita
iaitu dah lupa, rasuah serta malas bukanlah proses semalaman bahkan proses
jangka masa panjang serta pendidikan berterusan. Saya menggelarkan ini sebagai
proses mematangkan bangsa. Berbanding bangsa Cina mereka tidak pernah dijajah,
mereka tidak pernah dikoloni maka bangsa mereka tidak mengalami kecacatan
akibat revolusi zaman berbanding bangsa Melayu. Jika dilihat pula pada bangsa
Arab, mereka bukanlah bangsa yang dijajah secara terus tetapi mereka adalah
bangsa yang dimanipulasi oleh kuasa Barat. Mereka mempunyai ruang yang besar
untuk memperbaiki keadaan kerana mereka mempunyai cabaran fizikal seperti
ekonomi, keselamatan, politik berbanding cabaran mental seperti yang berlaku di
Malaysia. Tuntasnya, Revolusi Arab 2011 telah membuka ruang bagi Negar-negara
Arab melakukan anjakan paradigma dalam mencorakkan hala tuju negara
masing-masing. Tetapi langkah anjakan tersebut hendaklah dipacu oleh pemerintah
yang adil agar limpahan nikmat yang bakal dicapai dapat dirasai keseluruhan
rakyat mereka. Hampir tiba masanya di mana pemerintahan bercorak diktator
berakhir dan pemerintah yang baru perlu menjadikan perkembangan ilmu sebagai
sebahagian agenda utama mereka agar Negara-negara Arab dapat mengejar kemajuan
perkembangan ilmu kini yang bergerak pantas terutama sekai bidang sains dan
teknologi.
Tugasan Hubungan Etnik