Tuesday, May 26, 2009

Contoh Karangan - Surat Kiriman Tidak Rasmi

Soalan
Rakan anda sering terbabit dalam perlumbaan motosikal haram. Anda ingin menasihatinya supaya meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah tersebut. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu.

p/s : terdapat kesalah format pada surat ini yang tidak dapat diubah terutaam pada kedudukan alamat penulis, tarikh, pemerengganan dan kedudukann tanda tanggan. harap maklum..


No.54 Jalan 62,
Taman Tasik,
68000,Ampang,
Selangor Darul Ehsan


11 November 2006


Menemui sahabatku, Razali yang kini berada di Kota Kemuning semoga saudara berada dalam keadaan sifat dan walafiat di samping keluarga yang tersayang.


Saudara,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf daripada saudara kerana telah sekian lama tidak berutus surat dengan saudara. Saudara tentu maklum bahawa kita akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Saya amat sibuk dengan persediaan-persediaan untuk peperiksaan ini. Bagaimanakah pula persediaan saudara? Saya mendapat maklumat bahawa saudara terbabit dalam perlumbaan motosikal haram. Saya amat terkejut dan juga berharap agar khabar angin tersebut tidak benar. Perlumbaan haram banyak mendatangkan keburukan bukan sahaja pada diri kita, malah kepada ahli keluarga kita yang disayangi dan pengguna jalan raya yang lain.


Perlumbaan haram merupakan satu aktiviti yang tidak sihat dan salah di sisi undang-undang. Kerajaan sentiasa mengorak langkah untuk membanteras aktiviti ini.Dalam surat khabar baru-baru ini, kerajaan menegaskan bahawa tiada maaf untuk `mat rempit’ yang kian berleluasa di bandar-bandar besar. Bukan itu sahaja, pihak polis juga telah menahan pelumba-pelumba haram untuk dijatuhi hukuman yang sewajarnya. Sebagai rakan , saya tidak sampai hati melihat saudara dimasukkan ke dalam lokap. Saya merayu kepada suadara supaya kembalilah ke pangkal jalan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Seterusnya, perlumbaan haram juga membahayakan nyawa diri sendiri dan nyawa orang lain.Apabila seseorang itu berlumba, dia sebenarnya meletakkan nyawanya sebagai pertaruhan.Kebanyakan pelumba haram menemui maut kerana terlibat dalam kemalangan. Mereka yang meninggal dunia ini dianggap sebagai mati katak kerana kematiannya sia-sia, iaitu ibu bapa mereka tidak akan mendapat sebarang pampasan daripada pihak insirans. Kita sering kali terbaca berita berkenaan kes kemalangan maut yang melibatkan pelumba-pelumba haram.Bukan itu sahaja, pelumba haram juga meletakkan nyawa pengguna jalan raya yang lain di ambang kematian.Saya berharap agar saudara sentiasa mengingati dan mengharagai keluarga tersayang dan meninggalkan tabiat buruk ini.


Selain itu, perlumbaan haram juga merupakan satu aktiviti yang membazirkan masa. Kita sangat memerlukan masa untuk mengulang kaji pelajaran atau membaca buku. Masa kini begitu genting kerana kita bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Masa yang terluang seharusnya digunakan untuk menelaah pelajaran dan bukannya menyertai aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Saudara harus ingat bahawa SPM merupakan penentu segala-galanya. Dalam zaman sekarang, saingan untuk mencapai kejayaan dan merebut peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi amat sengit. Institusi-institusi pengajian tinggi hanya menawarkan peluang pendidikan kepada mereka yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Masa depan kita pula bergantung pada kecemerlangan kita dalam peperiksaan.


Di samping itu, pergaulan yang tidak sihat turut timbul jika saudara terus terbabit dalam aktiviti perlumbaan haram.Kebanyakan pelumba haram bukanlah calang-calang orangnya.Saudara tidak akan tahu latar belakang mereka yang sebenarnya. Kebanyakan antara mereka berasal daripada latar belakang keluarga yang bermasalah. Mereka berlumba haram untuk mencari keseronokan dan kepuasan serta untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi daripada keluarga. Mereka juga mungkin merupakan penjenayah yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat hidup.Mereka akan mempengaruhi kenalan baharu dan memimpin kawan baharunya ke jalan yang salah. Misalannya, remaja dipujuk untuk lari dari rumah atau melakukan jenayah dan juga mengambil pil-pil ekstasi. Saya berharap semoga saudara tidak terpengaruh dengan tabiat-tabiat negatif ini.


Sebelum mengakhiri surat ini, saya sekali lagi menasihati saudara agar meninggalkan aktiviti yang tidak sihat ini dan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran.Ibu bapa saudara sudah tentu risau akan pelajaran saudara. Saya yakin bahawa saudara masih belum terlambat lagi untuk mengubah tabiat ini. Masa depan saudara masih ada. Kita hendaklah berpegang pada kata-kata ini, “Tuhan tidak akan mengubah nasib kita, kecuali kita sendiri yang mengubah nasib kita.”Sekiranya saudara meneruskan tabiat buruk ini, sayalah orang yang paling kecewa. Justeru, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara. Saya juga berdoa agar Tuhan melembutkan hati saudara. Sebelum mengundur diri, saya berharap agar kita dapat berjumpa lagi dalam warkah yang akan datang.



Sahabatmu,
Kithon

20 comments:

  1. Fuhhh~ penat menyalinn.... btw terima kasihh ^_^

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. panjangNYYYAAAA!!!

      Delete
    2. maiiiii,sgt pnjg.bila nk abis yeeeeeeeeeeee?

      Delete
    3. fuh penat salin tapi sangat useful!! thanks

      Delete
    4. Surat kiriman tidak rasmi, bukan ke alamat, tarikh, tanda tangan sebelah kanan? kalau sebelah kiri bukan ke surat kiriman rasmi? :/

      Delete
    5. dua dua belah boleh

      Delete
  3. [Yakuza] Thanks for help me!!
    [Anonymous] panjang :O
    [Anonymous] panjang lebar

    ReplyDelete
  4. As slm,mohon share..Tma kasih ^_^

    ReplyDelete
  5. Tq, tapi betui ka alamat tulis pd bhgian kiri? bkn kanan lgi.

    ReplyDelete
  6. Hurmm,,da terang lagi bersuluh empunye karangan kate ade kesalahan format .

    ReplyDelete