Monday, June 25, 2012

Karangan Temuramah


Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah dikunjungi oleh Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Sempena lawatan tersebut selaku eitor majalah sekolah, anda tlah itugaskan mewawancara beliau. Wawancara anda berkisar tentang pengalaman yang dilalui oleh beliau sepanjang berada di ISS. Tuliskan wawancara itu dengan lengkap.

Tanggal 11 Mei 2008, saya Salam Bin Salim selaku editor Majalah ‘Tinta Mas’ telas berpeluang mewawancara Angkasawan Pertama Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Wawancara tersebut telah berlangsung di Bilik Tamu MRSM Tun Ghafar Baba. Wawancara tersebut diadakan untuk mengetahui pengalaman dan uji kaji beliau di ISS. Berikut ialah wawancara kami.

Editor              : Assalamualaikum Dr. Sheikh.
Dr. Sheikh       :Waalaikumussalam.
Editor      :Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Kerana telah berjaya menjejakkakan kaki ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)  serta berjaya pulang ke Bumi dalam keadaan selamat. Saya harap Dr. tidak keberatan sekiranya ditemu bual.
Dr. Sheikh      :Terima kasih. Sememangnya saya tidak keberatan sama sekali kerana saya salah satu tugas saya sebaga Angkasawan Pertama Negara adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu saya semasa di ISS.
Editor          :Baiklah Dr. Sheikh. Umum mengetahui mengenai kejayaan Dr. Sheikh menjadi Angkasawan Pertama Negara menjejakkan kaki di ISS. Bagaimanakah Dr. boleh terlibat dalam program ini?
Dr Sheikh      :Sejak saya berumu 10 tahun saya mengimpikan untuk menjadi angkasawan. Oleh itu, pada tahun 2006 kerajaan Malaysia telah membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi  angkasawan menerusi Program Angkasawan Malaysia. Pada ketika itu tawaran dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat. Seramai 11 275 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akdemik. Kami telah disaring dengan begitu teliti oleh pakar-pakar dan diuji ketahanan fizikal dan mental.
Editor              :Apakah tujuan utama Program Angkasawan Malaysia itu diadakan?
Dr. Sheikh     : Program Angkasawan Malaysia merupakan sebahagian pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai RM 3.44 bilion. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Malaysia baru sahaja melengkapkan sistem pertahanannya dengan jet pejuang Sukhoi. Di samping itu juga saya telah berpeluang membuat kajian mengenai pelbagai kultur sel kehidupan sepanjang saya berada di angkasa.
Editor           :Saya difahamkan sebagai seorang angkasawan, kita tidak boleh mempunyai perasaan takut, gentar dan sebagainya. Bagaimanakah perasaan Dr. Sheikh sendiri?
Dr. Sheikh     :Ya memang benar, sebagai seorang angkasawan kami telh dilatih agar tidak mempunyai sebarang perasaan takut, genta, gemuruh dan sebagainya. Hal ini penting kerana perasaan-perasaan sebegitu boleh menyebabkan kesulitan ketika waktu-waktu kecemasan. Semasa saya menjalani latihan di Rusia, seramai sepuluh orang pakar meneliti pergerakan, emosi, tingkah laku dan segala-galanya yang ada pada saya agar mereka dapat emastikan kordinasi saya mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Secara peribadinya, saya merasakan diri saya lebih tenang dan berkeyakinan.
Editor              :Bagaimana keadaan Dr. Sheikh ketika berada dalam Soyuz TMA 11?
Dr. Sheikh      :Ruangan di dalam Soyuz begitu kecil. Kapsul tersebut telah direka khas mengikut ketinggian, berat dan ciri fizikal lain penumpang di dalam kapsul tersebut. Ketika pelancaran, saya tidak merasakan pergerakan yang begitu lancar tetapi selepas mikrograviti mula menampakkan kesannya pen dan buku saya mula terapung-apung.
Editor             :Soyuz telah mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali dalam sehari. Bagaimanakah Dr. Sheikh menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim?
Dr. Sheikh           : Saya bersyukur kerana sempat berpuasa semasa di angkasa lepas dan tidak menjadi masalah kerana JAKIM telah menghasilkan buku tentang cara beribadah di angkasa lepas. Saya mengikut masa di Kazakhstan untuk berbuka dan bersahur. Kenikmatan berbuka puasa di angkasa lepas adalah sesuatu perkara yang tidak akan saya lupakan. Saya juga menunaikan solat mengikut waktu di tempat kapsul kami dilancarkan sembahyang amat mudah bagi saya kerana saya dapat membetulkan kaki saya semasa rukuk dan sujud. Cara-cara saya bersembahyang juga telah direkodkan dalam video dan saya berharap dapat berkongsi video tersebut bersama dengan umat Islam seluruh dunia.
Editor              :Apakah kesan fizikal semasa Dr. Sheikh berada di ISS?
Dr. Sheikh    :Sebelum saya berlepas, saya telah meminta agar semua makanan saya disediakan dalam bentuk ‘mashed’ seperti ‘mashed potato’. Walaubagaimanapun ketika saya berada di ISS saya tidak berselera untuk makan makanan tersebut kerana lidah saya tidak dapat mengesan rasa makanan dengan baik. Jika dilihat ciri fizikal ketika saya di ISS, saya kelihatan berisi terutama di bahagian muka. Ini disebabkan ketiadaan tarikan graviti menyebabkan tekanan ke atas badan saya tiada. Maka seluruh organ pada badan manusia akan mengembang.
Editor            : Nampaknya masa mencemburui kita. Sebelum kita berpisah, apakah kata-kata perangsang Dr. Sheikh kepada umum serta pelajar MRSM Tun Ghafar Baba khasnya?
Dr. Sheikh     : Baiklah. Tujuan utama saya menunaikan misi ini adalah untuk menunaikan tanggungjawab saya kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia umumnya. Oleh itu, saya berharap saya dapat memberikan suntikan inspirasi kepada mereka lebih-lebih lagi kepada golongan belia, dan kanak-kanak agar mereka lebih mendalami bidang sains dan kejuruteraan kerana pepatah Melayu menyebut ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Saya berharap lebih ramai angkasawan, saintis dan doktor dapat dilahirkan untuk memajukan Malaysia dalam misi menuju Wawasan 2020 serta melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-9.
Editor           : Semoga harapan Dr. Sheikh terhadap generasi akan datang akan tertunai. Sebagai kata-kata akhir, saya ingin menyampaikan ucaapan salam dan selamat maju jaya daripada seluruh warga sekolah ini kepada Dr. Terima kasih atas kesudian Dr. Sheikh diwawancara.
Dr. Sheikh       :Sama-sama.


No comments:

Post a Comment