Monday, June 25, 2012

Contoh Karangan : Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara


Contoh Karangan Percubaan SPM 2006
Muhammad Hazim Sharum 505
MRSM Tun Ghafar Baba

Cogankata “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Huraikan peranan anda dalam membangunkan negara yang kita cintai.

                “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman ‘dunia tanpa semadan’ ini merupakan oengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara yang kita cintai.

                Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, sebagai seorang remaja, saya berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggu-sungguh bagi memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pada masa kini remaja seperti saya hendaklah berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar dapat memajukan dan memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif. Jika dilihat dari sudut sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah dipeloposri golongan muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang berpendidikan Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang demikian, apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja hendaklah menjadikan perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap ‘seperti katak di bawah tempurung’. Mereka hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara.

                Selain itu, saya juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara. Remaja masa kini hendaklah mengatakan ‘tidak’  dan benci kepada pengaruh-pengaruh negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak seperti ‘barah’ yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini terpaksa membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan ‘duri dalam daging’ dan perosak negara. Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam najis dadah ini serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

                Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

                Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja. Contohnya, Hafiz Hashim yang merupakan pemuda yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan. Terbaru, beliau telah menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China. Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘ Kejohanan Badmintoh All England’ pada suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan antarabangsa seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti hendaklah dipikul oleh golongan muda seperti saya.

                Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan unutk menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi ‘virus’ pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi ‘batu loncatan’ untuk melahirkan masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah,’ melentur buluh biar dari rebungnya’.

                Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.

14 comments: