Tuesday, June 26, 2012

Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.


Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.

Teh Zawani Azizul Fata

                Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang harmonis. Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang menjadi penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara hanya akan melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu bertanggungjawab, berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan sering dipandang enteng dan hanya menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Dunia tidak lagi mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada hakikatnya, institusi keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga menjadi goyah, porak- peranda dan seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus kemodenan dunia. Gaya hidup masyarakat yang sudah berubah ke arah yang tidak mementingkan kasih sayang menjadi salah satu faktor utama kepada kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari ini.

                Wang dan harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran materialistik dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang menjadi faktor utama kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak lagi ‘bagai menatang minyak yang penuh’ terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara. Mereka rerlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka yang paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa hanya dilaksanakan bak ‘melepaskan batuk di tangga’ seolah-olah sebagai kerja sampingan yang tidak berfaedah. Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material menghalang mereka untuk memberi kasih sayang dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih sayang dan diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa dihabiskan ditempat kerja dan lebih menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa cutinya di rumah untuk pergi bekerja. Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan kekeluargaan menjadi kukuh kerana ibu bapa banyak meluangkan mas bersama anak-anak, contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan rumah dan beriadah bersama. Namun kini, semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan walaupun masih ada segelintir manusia yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, jelaslah bahawa cara hidup ibu bapa yang terlalu mementingkan material telah menyebabkan kemerosotan dalam hubungan kekeluargaan.

                Selain itu, institusi keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak mementingkan pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan bercorak duniawi tanpa menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara hidup yang sepatutnya diamalkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada dunia terknologi berbanding kepada ajaran agama. Akhirnya, anak-anak menjadi tidak bermoral, bersikap liar dan tidak lagi menghormati ibu bapa. Sikap hormat kepada orang yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana anak-anak tidak diajar dan diberi didikan agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat hidup sejahtera dan bahagia sekiranya setiap anggota keluarga memahami prinsip agama yang sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam pengetahuan agama juga akan kurang bertanggungjawab kerana mereka tidak berasa bahwa amanah yang dipikul itu adalah sesuatu yang berat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, keluarga yang dibentuk tidak sempurna dan ikatan kekeluargaan yang dijalin menjadi tidak kukuh dan renggang. Oleh itu, oendidikan agama yang kurang sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kucar-kacir dan tidak aman.

                Pada hari ini, ibu bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila. Cara hidup sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan sosial, contohnya kelab-kelab, persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial sememangnya suatu amalan yang baik dan digalakkan namun, ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini menyebabakan masa bersama  anak-anak menjadi kurang. Mereka sewajarnya mengimbangkan masa mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya masa banyak dihabiskan luar rumah, maka mereka tidak berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih sayang dapat diwujudkan. Akibatnya, anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang menjadi aset utama kepada anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan kesunyian makah lebih malang lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa gaya hidup ibu bapa pada hari ini yang terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh meruntuhkan institusi keluarga.

                Selain itu, anak-anak kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu baoa untuk membina kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka sukar untuk menemui ibu bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa pada hari-hari cuti khususnya hari perayaan. Ada juga anak-anak yang terus menghilangkan diri setelah berpindah ke tempat lain. Mereka terus leka dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin menjadi linggar akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu bapa. Sikap anak bak ‘kacang lupakan kulit’ semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan menjadikan institusi keluarga tidak lagi bahagia. Oleh itu, kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak yang tinggal berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Karangan yang sangat mantap! Terima kasih :) Saya juga telah menulis sedikit tentang isu kekeluargaan. Sila datang ke blog saya untuk melihat sebentar. :)

    ReplyDelete
  3. thank you so much :)

    ReplyDelete