Thursday, October 2, 2014

Contoh Karangan : Faktor Dan Kesan Peristiwa 13 Mei


Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari Pantai Barat Malaysia mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan. Peristiwa ini lebih memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya  Kaum Melayu memperjuangkan hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan politik mereka.

Faktor utama yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam sejarah Negara ialah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini telah mencetuskan kemarahan orang Melayu dan juga memberi tanda kepada orang Cina bahawa mereka boleh mempunyai hak sama rata seperti kaum Melayu. Memandangkan sistem pendidikan pada ketika itu mengunakan sistem  vernakular dan informasi yang boleh diperoleh sangat terhad. Maka, orang Cina tidak memahami konsep yang digunapakai di Tanah Melayu ketika itu. Mereka tidak dapat menerima keadaan di mana mereka mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu. Maka sebagai tuan tanah orang Melayu berhak mempunyai peraturan dan perkara-perkara yang dikalsifikasaikan sebagai hak yang tidak patut diusik oleh orang selain tuan tanah. Ada segelintir masyarakat Cina yang mengiktiraf ketuanan Melayu tetapi pedirian mereka digoncang oleh ahli politik mereka. Maka sehingga kini masyarakat Cina akan tetap memperjuangkan kepentingan Cina tidak kira pegangan politik mereka kerana Peristiwa 13 Mei telah membuktikan mereka mampu berkuasa jika mereka usahakan sehabis daya. Walau bagaimanapun, 13 Mei juga membuktikan orang Melayu tetap akan mempertahankan Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka.

Selain itu dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Dasar ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Kaum Cina telah bertapak di kawasan bandar untuk menjayakan ekonomi Tanah Melayu dan juga lombong bijih timah untuk menyedut kekayaan Tanah Melayu demi kpentingan British. Manakala masyarakat Melayu dibiarkan dengan ekonomi sara diri seperti peribahasa Melayu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang akan petang’. Ekonomi orang Melayu berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun dan sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang Melayu kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada. Maka dengan ini telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca Merdeka dengan perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.

Tambahan pula, ekonomi dan pendidikan sangat berkait rapat. Bila mana terdapatnya pergerakan yang difaktorkan oleh faktor ekonomi maka pendidikan akan berkembang kerana kebanyakan orang yang berniaga akan merantau. Maka disebabkan orang Cina memegang kuasa ekonomi maka mereka juga mempunyai kelebihan dalam bidang pendidikan juga. Mereka merupakan kaum awal yang memonopoli pendidikan di Sekolah Inggeris. Kebanyakan anak-anak Melayu bersekolah di Sekolah Melayu di mana tahap pembelajaran mereka hanya setakat di peringkat rendah. Ini dengan jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketika itu ketinggalan daripada arus perkembangan pendidikan. Apabila tercetusnya 13 Mei faktor-faktor seperti ini menjadikan kemarahan orang Melayu menjadi-jadi kerana mereka menganggap kaum Cina tidak mengenang budi dan tamak kerana mereka telah dapat lebih banyak daripada kaum Melayu. Sedangkan mereka merupakan imigran dan kaum Melayu merupakan tuan tanah.

Selain daripada itu, faktor kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara yang mencebabakan pertumpahan darah selama beberapa hari bermula 13 Mei  1969 hinggalah Darurat diisytiharkan 16 Mei 1969. Sebelum 13 Mei 1969, telah wujud khabar-khabar angin mengatakan mengenai kekacauan yang akan berlaku. Tetapi akibat sikap ambil mudah pihak yang berwajib, mereka tidak memaklumkan kepada pihak tentera pada ketika itu. Maka kegagalan pihak tentera menerima maklumat mengenai khabar angin itu menyebabkan kegiatan risikan tidak dijalankan oleh pihak tetera yang pada ketika itu menjalankan tugas sekunder mereka. Tugas sekunder tentera pada lewat tahun 6o-an ialaha menjaga ketenteraman awam dalam menagani masalah Parti Komunis Malaya (PKM)

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong  di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,  Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. 

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai  ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Tugasan subjek Hubungan Etnik 

2 comments: