Persatuan
Pelajar Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah
mengadakan aktiviti ‘Sesuap Nasi 1.0’. Anda sebagai seorang setiausaha
persatuan dikehendaki untuk menulis satu laporan lengkap mengenai lawatan
tersebut.
Laporan
Aktiviti Sesuap Nasi 1.0
Pada Sabtu lalu bersamaan dengan 4 Jun 2013,
Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik(PPKE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) telah mengadakan aktivit
Sesuap Nasi 1.0. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang ahli persatuan yang
terdiri daripada pelajar Kejururteraan Elektrik tahun 3 dan tahun 4. Aktivit
ini diadakan bertujuan mengumpul dana Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
sebanyak RM1 000. Dana tersebut akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Batu
Pahat sebagai sebahagian daripada sumbangan amal Persatuan Pelajar Kejuruteraan
Elektrik UTHM. Selain itu, aktiviti ini
dijalankan bagi merapatkan jurang sosial mahasiswa dengan penduduk tempatan serta
menguatkan ukhwah antara mahasiswa dan masyarakat.
Pada jam 7.00 pagi semua pelajar
yang terlibat berkumpul di Dataran Anggerik, UTHM untuk mendengar taklimat
daripada Pengerusi aktiviti Sesuap Nasi 1.0 iaitu saudara Muhammad Syahmi Bin
Jafar mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Kesemua yang terlibat dibahagikan
kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang Ahli Jawatankuasa
(AJK) PPKE yang bertanggungjawab memastikan kelancaran aktiviti yang
dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sangat mudah, setiap kumpulan dikehendaki
ke sebuah kampung yang berlainan daripada kumpulan lain dan meronda kawasan kampung
tersebut untuk mencari kerja berupah daripada penduduk kampung. Sebagai contoh,
Kumpulan 1 ke Kampung Parit Samijan dan bertanyakan kepada Pak Cik Mahmud jika
dia ingin memberi mereka upah membersihkan laman rumahnya. Setiap kumpulan
dilarang sama sekali memberikan syarat minimum upah, mereka harus menerima upah
yang diberikan oleh penduduk kampung seadanya.
Selesai sahaja taklimat oleh
Pengerusi PPKE, semua yang terlibat menaiki kenderaan masing-masing menuju ke
kawasan kampung yang telah ditetapkan. Sebanyak 18 kampung yang terlibat di
sekitar Parit Raja iaitu Parit Samijan, Parit Karjo, Parit Hj. Salleh Ros,
Parit Bengkok, Parit Jelutong, Parit Hj. Salleh, Parit Burah, Parit Sempadan
Dalam, Parit Raja Darat, Parit Sempadan Dalam, Parit Sempadan Laut, Parit Daun,
Parit Jambul, Parit Baring, Parit Hj. Abdul Kadir, Parit Lapis Sempadan, Parit
Samion dan Parit Kaspan. Setiap kawasan kampung dituju oleh satu kumpulan
kecuali Parit Raja Darat yang dituju dengan 3 kumpulan kerana kawasan kampung
yang luas. Memandang aktiviti mengambil upah yang dilakukan melibatkan
kerja-kerja kebun seperti membersihkan laman rumah, potong rumput, mengumpul
buah sawit dan banyak lagi, AJK PPKE membekalkan setiap pelajar dengan air
mineral 1.5 liter untuk mengelakkan hidrasi berikutan cuaca panas pada hari
tersebut.
Perlbagai kerja mengambil upah yang
dijalankan oleh ahli PPKE untuk mengumpul dana RM1000 antaranya ialah menyusun
stok di kedai runcit, membersihkan laman rumah, memotong rumput, menyusun pokok
bunga dan banyak lagi. Penduduk kampung juga sangat berbesar hati menerima kami
mengambil upah di kawasan rumah dan kebun mereka. Sebilangan penduduk kampung menyuarakan
pendapat bahawa aktiviti sebegini wajar dijalankan sepanjang masa untuk
membantu mereka yang memerlukan serta mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa
dan penduduk kampung. Mereka juga memuji sikap ringan tulang ahli PPKE
menjalankan aktiviti ini seperti aur dengan tebing. Sebelum mereka pulang
selepas tamat tugasan, setiap kumpulan mengucapkan terima kasih dan bersalaman
dengan penduduk kampung yang terlibat menjayakan aktiviti Sesuap Nasi 1.0.
Seorang penduduk kampung, Nafsiah Omar telah menjemput seluruh ahli PPKE ke
majlis doa selamat yang akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 10 Jun 2014
bersempena dengan rumahnya yang baru diduduki. Menurutnya kedatangan ahli PPKE
ke Parit Samijan membantunya mengemas kawasan rumah barunya telah meringankan
bebannya. Maka dengan itu dia berbesar hati menjemput kami ke majlis doa
selamatnya.
Selesai sahaja setiap kumpulan
mengumpul upah berjumlah RM50 atau lebih, setiap ketua kumpulan berkumpul di
Dataran Anggerik pada jam 5 petang untuk menyerahkan hasil kepada Bendahari
PPKE. Manakala ahli kumpulan yang lain dibenarkan pulang sebaik sahaja tugasan
mereka berakhir. Setelah dijumlahkan semua pungutan upah, PPKE berjaya
menggumpulkan dana lebih daripada sasaran utama berjumlah RM2000. Pengerusi
PPKE, Saudara Muhammad Syahmi Jafar memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada 7
Jun 2013 bertujuan membincangkan perolehan yang melebih sasaran sebanyak
RM1000.
Kesimpulannya, aktiviti Sesuap Nasi
1.0 berjaya dilaksanakan dengan jaya dan lancer. Maklum balas yang sangat
positif serta sokongan penduduk kampung ke atas aktivit yang dijalankan sedikit
sebanyak memotivasikan ahli PPKE untuk meneruskan aktiviti sebegini di masa
hadapan. Objektif utama iaitu mengumpul dana sebnyak RM1 000 tercapai malahan
terdapat lebihan daripada dana ynag terkumpul. Di samping itu, nilai-nilai
murni seperti tolong menolong, hormat menghormati, kepimpinan, bersopan santun
berjaya diterapkan melalui komunikasi yang wujud antara ahli PPKE dan penduduk
kampung serta di Antara ahli PPKE sendiri. Harapan kami aktivi sebegini dapat
diteruskan di masa hadapan dan persatuan pelajar lain di dalam UTHM dapat menjalankan
aktiviti yang sama konsep agar UTHM berjaya melahirkan graduan yang berilmu dan
disegani masyarakat.
Dilaporkan
oleh, 4
Jun 2013
Jamilah Atan
(Jamilah
Atan)
Setiausaha,
Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik,
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.
Hmm 7 tahun sudah oh
ReplyDelete